Perlis Indera Kayangan





Negeri Perlis Indera Kayangan merupakan negeri yang paling kecil ("haluih" orang perlih kata) dan paling utara di Malaysia dengan jumlah penduduk kira-kira 231,541 orang mengikut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia 2010. Mungkin disebabkan faktor kedudukan dan geografi negeri Perlis ini membuatkan ia agak terpinggir dari pengetahuan am rakyat Malaysia dan menyebabkan orang Perlis yang merantau memerlukan sedikit masa untuk menerangkan tentang wujudnya Negeri Perlis ini di bumi Malaysia dan bukan di Kayangan seperti gelarannya.

Bandar - bandar utama di Negeri Perlis adalah Kangar, Arau, Kuala Perlis dan Padang Besar. Memandangkan Perlis ni kecil, jarak perjalanan antara satu bandar ke bandar yang lain tidak jauh mana pun. Sejak penubuhan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP sebelum ni KUKUM) yang membawa kepada kemasukan ramai pelajar-pelajar luar dari serata pelusuk Malaysia dan Dunia.,arus pembangunan kian dirasai. a

FAKTA MENARIK NEGERI PERLIS
  • Negeri Perlis yang merupakan negeri terkecil di Malaysia dengan keluasan 810 km² adalah lebih besar dari Negara Singapura yang berkeluasan 710km².
  • Bakal tuan rumah Sukan Malaysia@SUKMA 2014
  • Pemerintahan monarki Negeri Perlis dipanggil Raja berbanding Sultan bagi negeri-negeri lain di Malaysia.
  • Pasukan bola sepak Perlis pernah meniti zaman kegemilangan pada tahun 2003-2007 dengan menjadi Juara Piala Malaysia (2004,2006), Juara Liga Super (2005) ,Naib Juara Piala Malaysia (2005) dan Naib Juara Piala FA (2003,2006,2007).
  • Taman Ular Sungai Batu Pahat, Perlis merupakan Taman Ular terbesar di Asia Tenggara.
  • Mempelam Harum Manis merupakan Ikon negeri Perlis kerana mempelam spesis ni hanya menjadi dibumi Perlis.
  • Bilangan penduduk di Damansara (453,420 orang)  adalah lebih banyak dari jumlah penduduk keseluruhan negeri Perlis (231,541).


0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll

About