Popia Taman Melati Indah


Anda ingin menikmati Popia yang awesome di Perlis? Silalah berkunjung ke gerai Popia yang terletak di Taman Melati,Beseri ,berdekatan dengan Kedai Ais Bakri. Aku lupa pulak nak tanya apa nama makcik dan pakcik jual Popia ni dan Gerai dia pun takda signboard, so aku namakan aja Popia Taman Melati. Gerai yang diusahakan  sekeluarga ini memang specialist dalam pembuatan Popia tak kira basah mahupun goreng ,namun aku lebih prefer Popia basah disini.

Berhadapan Taman Melati, Beseri
Kalau bulan Ramadhan, memang beratur manusia nak beli popia dia ni.Dijual dengan harga rm1 untuk 3biji popia, pelanggan boleh memilih samada untuk beli balik atau makan di sini. Selain Popia, terdapat juga laksa yang boleh tahan rasanya namun tak boleh lawan Laksa depan library.Popia Taman Melati dibuka pada setiap hari kecuali Sabtu dan Jumaat dari pukul 3.30 petang sehinggalah pukul 6.00 petang.

Masing-masing tunggu turn, sistem nombor giliran masih belum diguna pakai
Waktu tutup tak menentu,mungkin bergantung pada availability popia namun aku nasihatkan datang awal sebab kebiasaanya aku pergi lepas pukul 6 memang dah tutup .

dia punya juicy baq hanggg.....

Kuah dah sedap cuma cair sikit, orang Perlis kata Ceroi



0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll

About