Kedai Kopi Kin too adalah nama sebuah kedai kopi yang terletak di tengah pusat bandar,berhadapan dengan KFC 24 Jam Kangar. Ia bukanlah kedai kopi yang moden bak Oldtown mahupun Coffeebean tetapi merupakan kedai kopi cina tradisional yang sesetengah orang Perlis sendiri pun tak perasan kewujudannya.Walaupun ia sebuah kedai kopi cina, tetapi kebanyakan pekerjanya adalah Muslim dari tukang masak sampai tukang bancuh air malah pelanggannya juga majoritinya Muslim. Kedainya agak kecil dan sempit namun ia merupakan tempat favourite aku untuk pekena minuman panas dan makanan berkuah terutamanya di kala hari hujan.
 |
| Berhadapan KFC 24 Jam |
Makanan yang terdapat disini adalah semua jenis masakan masakan goreng ,tomyam, kuah dan juga hailam.Menu kena tanya sendiri waiter yang agak blur kerana menu yang terpapar di dinding hanyalah frame bersize A3 yang bergoyang-goyang taktala ditiup angin.Dah nama pun kedai kopi tradisional, maka harganya adalah standard dan takda servis caj yang mencarut macam kedai – kedai kopi terkenal.Selain orang kebayakan, kedai ini turut dikunjungi para artis seperti Ezani, Wan Ismail Golok, Zain dan Akon ( yang last ni acah ajaa.. ;D ) berdasarkan gambar di kaunter.Dengar kata sini juga port orang – orang tuang puasa di bulan Ramadhan.Dengar kata aja lah....hehehe.
 |
| Kuey Teow Goreng |
 |
| Mee Goreng basah |
 |
Kuey Teow Hailam
 |
| Bihun Kuah |
 |
| Kopi Panas "KAWW" |
|
0 comments:
Post a Comment