Cake Sangchan, Hatyai


Cake Sangchan di Thanon Sangchan

Sewaktu menyusuri jalan jalan di bandar Hatyai , aku telah terjumpa satu café kecil yang terletak di Thanon Sangchan ataupun dalam bahasa Melayunya Jalan Sangchan. Sebaik menjejak kaki masuk ke dalam café ini , hati aku terus tertambat .Bukan dek kerana awek waitress mahupun hidangan kopinya, tetapi kerana atmosfera café ini yang amat santai dan tenang.


Kopinya brand Nacha Coffe ,macam Oldtown
di Malaysia gamaknya

 Untuk menu ,aku tak pasti apa lagi yang ada disini sebab yang aku faham pun menu yang mengatakan ada Hot/Ice - Coffee krub,expresso,mocha,cappucino dan latte.Yang lain - lain dah tulisan cacing.Harga pun ok, 30bhat untuk panas  dan 40bhat untuk ais.Selain itu aku nampak jugak ada kek dan aiskrim kat peti sebelah tetapi Ke-Halal-an dan Toiyibahnya tuh faham - faham sendiri lah.


Terasa seperti duduk di rumah 

Terdapat juga buku cerita kanak - kanak jika anak
 anda pandai membaca bahasa Thai

Cafe cake Sangchan ini sesuai untuk brader - brader yang tengah menunggu orang rumah masing masing shopping kerana selain berpenghawa dingin dan bersuasana tenang untuk melupakan duit yang dah barai dek bini ,kopinya juga betul - betul KAwW ! 

Mocha Ice by Nacha Cofee ,40bhat @ rm4

MAP

View Cake Sangchan in a larger map





0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll

About